Bot Kertas Impian
Regular priceRM699.00 Sale priceItem cantik yang mempamerkan imej yang indah ini terhasil daripada kepayahan kerja-kerja menampal kepingan kertas mewah yang diukir secara terperinci, selapis demi selapis untuk mencipta kesan 3D.
Kertas yang diukir halus ini menghasilkan imejan yang paling indah dan didatangkan dalam reka bentuk bingkai yang minimalis, tersedia untuk menghiasi ruang anda.
Bahan:Kertas berkuanliti premium dan bingkai kayu
Lebar: 37 sentimeter
Tinggi: 37 sentimeter
Dalam: 8 sentimeter
Kami memerlukan 1-3 hari bekerja untuk menyediakan produk untuk pesanan anda. Kami akan menguruskan penghantaran untuk pesanan anda apabila ia selesai.
Penghantaran item mengambil masa 3-5 bekerja ke Malaysia Barat dan 7-14 hari bekerja ke Malaysia Timur.
Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan yang disebabkan oleh perkhidmatan kurier.
Penghantaran ke seluruh negara.
Masa penghantaran dan penghantaran akan berdasarkan alamat. Ketahui Lebih Lanjut








Terokai Cerita
Bot kertas yang kecil dan rapuh mempunyai makna yang sangat mendalam: bot kertas ialah pengangkut yang membawa impian anda ke mana-mana sahaja untuk mencapai aspirasi anda. Umpama kehidupan yang mana segala-galanya mempunyai penghujung, bot kertas tidak akan terapung selamanya kerana akhirnya ia akan tenggelam juga. Dan seperti kehidupan, bot kertas rapuh dan mudah rosak, jadi tukang perahu mesti mengemudi laluannya dengan cermat dan tangkas. Tumbuhan teratai memberikan perlindungan di sepanjang perjalanan untuk memastikan bot kertas tiba di destinasi dengan selamat.
Bot kertas ialah gambaran sebenar bagaimana kita menangani pahit manis dalam perjalanan hidup. Akhirnya, hanya satu perkara yang mendorong kita terus maju tanpa goyah; iaitu impian. Harapan agar kita segera sampai ke destinasi, di mana impian kita akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang, kita akan bertemu dengan orang yang baik hati dan pemurah yang akan membantu dan melindungi kita di sepanjang perjalanan. Oleh itu, bot kertas juga melambangkan suar Harapan!
Ciri produk utama

Gaya novel, mutu kerja yang halun dan penuh bermakna. Karya seni ini merupakan simbol bertuah, kegembiraan dan kebahagiaan.
Ubahsuailah mana-mana ruang menjadi perseitaran yang indah dan penuh inpirasi dengan karya seni ukiran kertas kami yang sentiasa popular.

Teknik ukiran laser moden dan pemasangan manual digabungkan untuk mengyerlahkan lagi inspirasi dan kisah-kisah yang menyentuh hati bagi setiap karya seni.

Sebagai barang perhiasan yang istimewa untuk meningkatkan suasana di mana-mana ruang sama ada tempat kerja, tempat beriadah atau rumah kediaman.

Teg boleh disesuaikan dengan menulis mesej peribadi anda sendiri.
Awak juga mungkin menyukai



Seni arca kertas 3D istimewa yang menarik perhatian.

Gabungan dan padankan dengan saiz yang berbeza untuk menghasilkan hiasan dinding yang menakjubkan.

Lebih banyak pilihan untuk pelanggan kami kerana kami menghasilkan saiz dan corak yang berbeza bagi setiap tema karya seni kami.

Susunan karya seni berbingkai yang menyeronokkan serta menarik yang penuh dengan kemesraan, tenaga positif dan ucapan selamat.

Reka bentuk ukiran kertas yang unik, kreatif dan asli.

Setiap karya seni terdiri daripada pelbagai arca kertas, oleh itu seni ukiran kertas 3D sentiasa menakjubkan.
QUICK LINKS
Subscribe Us
Join now to get more news and updates about Kamicarv !
Here's our Privacy Policy