Percayalah Magis
Regular priceRM699.00 Sale priceItem cantik yang mempamerkan imej yang indah ini terhasil daripada kepayahan kerja-kerja menampal kepingan kertas mewah yang diukir secara terperinci, selapis demi selapis untuk mencipta kesan 3D.
Kertas yang diukir halus ini menghasilkan imejan yang paling indah dan didatangkan dalam reka bentuk bingkai yang minimalis, tersedia untuk menghiasi ruang anda.
Bahan:Kertas berkuanliti premium dan bingkai kayu
Lebar: 37 sentimeter
Tinggi: 37 sentimeter
Dalam: 8 sentimeter
Kami memerlukan 1-3 hari bekerja untuk menyediakan produk untuk pesanan anda. Kami akan menguruskan penghantaran untuk pesanan anda apabila ia selesai.
Penghantaran item mengambil masa 3-5 bekerja ke Malaysia Barat dan 7-14 hari bekerja ke Malaysia Timur.
Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan yang disebabkan oleh perkhidmatan kurier.
Penghantaran ke seluruh negara.
Masa penghantaran dan penghantaran akan berdasarkan alamat. Ketahui Lebih Lanjut









Terokai Cerita
Adakah anda percaya akan pari-pari? Pari-pari selalunya dianggap sebagai makhluk ajaib yang bersayap. Salah seorang daripada mereka ialah pari-pari bulan. Pari-pari yang duduk di atas bulan ialah simbol daya tarikan feminin, menawan atau keanggunan. Mereka juga misteri dan ajaib. Pernahkah anda merasakan suatu kehadiran semasa anda tidur lalu terjaga dalam keheningan malam? Anda tidak dapat melihatnya tetapi anda pasti akan kewujudannya di situ. Itulah pari-pari bulan! Mereka yang tidak percaya akan magis tidak akan pernah merasakannya.
Adalah dinasihatkan untuk meletakkan pari-pari bulan berdekatan anda kerana pari-pari ini adalah seperti malaikat penjaga anda. Tinggalkanlah segala kesengsaraan dan kerisauan anda dan langkah masuk ke dunia rahsia yang damai dan mempesonakan. Pari-pari bulan akan mengusir semua ketakutan dan mimpi buruk anda manakala bulan purnama akan menyinari cahaya dalam kegelapan apabila semua lampu terpadam. Anda akan berasa adanya harapan dan keselamatan yang membuai anda tidur dengan aman dan nyenyak serta penuh dengan mimpi indah. Jadi, usahlah takut dan percaya akan keajaiban pari-pari bulan!
Ciri produk utama

Gaya novel, mutu kerja yang halun dan penuh bermakna. Karya seni ini merupakan simbol bertuah, kegembiraan dan kebahagiaan.
Ubahsuailah mana-mana ruang menjadi perseitaran yang indah dan penuh inpirasi dengan karya seni ukiran kertas kami yang sentiasa popular.

Teknik ukiran laser moden dan pemasangan manual digabungkan untuk mengyerlahkan lagi inspirasi dan kisah-kisah yang menyentuh hati bagi setiap karya seni.

Sebagai barang perhiasan yang istimewa untuk meningkatkan suasana di mana-mana ruang sama ada tempat kerja, tempat beriadah atau rumah kediaman.

Teg boleh disesuaikan dengan menulis mesej peribadi anda sendiri.
Awak juga mungkin menyukai



Seni arca kertas 3D istimewa yang menarik perhatian.

Gabungan dan padankan dengan saiz yang berbeza untuk menghasilkan hiasan dinding yang menakjubkan.

Lebih banyak pilihan untuk pelanggan kami kerana kami menghasilkan saiz dan corak yang berbeza bagi setiap tema karya seni kami.

Susunan karya seni berbingkai yang menyeronokkan serta menarik yang penuh dengan kemesraan, tenaga positif dan ucapan selamat.

Reka bentuk ukiran kertas yang unik, kreatif dan asli.

Setiap karya seni terdiri daripada pelbagai arca kertas, oleh itu seni ukiran kertas 3D sentiasa menakjubkan.